Wednesday, May 16, 2018

Sambutan Hari Guru 16 Mei 2018

 Tema "Hot and Gorgeous Twins"
 Pengetua dan guru-guru berarak ke Dewan
 Bergambar dengan senario pagi Hari Guru yang indah
 "Kembar" yang menarik GPK HEM dan GPK Koku
 Antara "Kembar" yang menawan
 Memotong kek Hari Guru 2018
 Persembahan khas oleh pelajar
Aktiviti selingan Hari Guru 

16 Mei 2018... Hari yang istimewa buat insan bergelar guru. Sambutan diadakan seperti biasa yang ditetapkan mengikut atur cara KPM. Bahkan, turut diwarnai oleh pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneneka dan anugerah guru.
Terima kasih kepada semua guru SMK Bukit Jalor yang sentiasa komited dan bersungguh-sungguh mendidik pelajar. Syabas, jasa kalian sentiasa dikenang.

Wednesday, April 25, 2018

Program Debriefing Pelajar Elit SPM 2018

 Pelajar Elit SPM 2018 membuat "debriefing"
kepada pengurusan sekolah dan ibu bapa/penjaga

 Kavin a/l Rajendran Ketua Pelajar 2018

 Antara ibu bapa/penjaga yang hadir

 Bentangkan tindakan ke arah mencapai target SPM

 Antara Pelajar Elit dari kelas 5 Sains
 Salah seorang pelajar elit 5 Perniagaan

 Borang Target SPM 2018 

 Target SPM untuk dicapai dengan kerjasama
sekolah dan ibu bapa/penjaga
 Majlis Menandatangi Borang Target dan
Penyerahan Borang Target SPM 2018

 Datuk kepada pelajar elit kembar 5 Sains
Bersama membantu anak-anak ke arah kejayaan

Akujanji SPM ditandatangani disaksikan ibu

25 April 2018... Seramai 10 pelajar elit SPM 2018 membuat debriefing kepada barisan pengurusan sekolah dan ibu bapa/penjaga masing-masing. Ibu bapa/penjaga serta pihak sekolah mendengar pembentangan powerpoint anak-anak. Mereka memahami target SPM dan mengetahui masalah-masalah anak serta tindakan yang perlu diambil.
     10 pelajar terlibat ialah Anis Suraya bt Kamaruzzaman, Eva Kan Kuan Yee, Evon Kan Kuan Lam, Ezzatul Najwa bt Manan, Kavin a/l Rajendran, Lim Yoke Wei, Puteri Anura bt Mohd Noh, Siti Nur Aishah bt Zolkafli, Siti Salbiah bt Mohd Fuad dan Tamilarasi a/p Rajan.
     Yang Dipertua PIBG, Puan Faridah Abdul Rahman turut mencadangkan beberapa aktiviti tambahan bagi memastikan motivasi diri dan iltizam tinggi dalam kalangan pelajar elit SPM 2018.
Semoga mereka akan berjaya mencapai sasaran yang diharapkan tahun ini. Kami Boleh, demikian ungkapan bersemangat mereka pada akhir program. Program yang bermula jam 3.00 petang ini selesai pada jam 4.40 petang. 

Friday, April 13, 2018

Bengkel Royal Water Colour Daerah 2018

Pelukis Profesional Jemputan 

Peserta Tampin dan Rembau seramai 75 orang

Antara Pelajar SMK Bukit Jalor 

Hasil Karya Pelajar SMK Bukit Jalor

Seronok Menimba Ilmu

Pelajar Sekolah-Sekolah Daerah Tampin Rembau

Pelajar SMK Bukit Jalor

Kreativiti Dalam Seni Visual 

Peluang Menimba Ilmu Mengasah Bakat

Fasilitator membantu peserta program

Jumaat 13 April 2018..... Seramai 75 peserta dari daerah Rembau dan Tampin berkampung di SMK Bukit Jalor dari jam 8.30 pagi hingga jam 12.15 tengah hari menyertai Bengkel Mewarna Royal Water Colour. Aktiviti ini dikategorikan sebagai program kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai 22 orang pelajar SMK Bukit Jalor tidak melepaskan peluang mengambil bahagian terutamanya pelajar SPM 2018 yang mengambil kertas Pendidikan Seni Visual.

Thursday, April 5, 2018

Karnival STEM Peringkat Sekolah dan Daerah 2018

Pasukan Sekolah yang menyertai Acara Teknologi Roket, 
Solar Car, Explorace, Eco City, Saintis Muda


SMK Bukit Jalor Naib Johan Eco City

Kolaborasi bersama mahasiswa USIM 

SMK Bukit Jalor Johan Explorace

Acara Saintis Muda

6 April 2018..... Meriah apabila penyertaan peringkat daerah dalam semua acara oleh semua sekolah menengah Tampin. Karnival Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ini merupakan aktiviti tahunan dalam kalendar sekolah dan PPD Tampin. Lebih menarik, acara Explorace dijayakan bersama USIM yang mengadakan pameran.juga. Jabatan Meteorologi turut sama mengadakan pameran.

Sambutan bukan sahaja oleh pelajar sekolah bahkan semua peserta daerah. Yang manis, ialah kejayaan SMK Bukit Jalor menjadi johan Explorace, naib johan Eco City, dan tempat ketiga Solar Car.

Ceramah Bijak Belajar 2018

 Pn. Khalilah - Penceramah Jemputan
Hadiah kepada pelajar yang menjawab kuiz

Mencuba kaedah belajar yang dipelajari

Tekun mempelajari kaedah belajar yang berkesan

Pelajar yang terlibat

Pada 5 April 2018, program Bijak Belajar diadakan untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Pada masa yang sama, Karnival STEM peringkat daerah Tampin sedang berlangsung di SMK Bukit Jalor.
        Semua pelajar terlibat berasa gembira dapat mempelajari kemahiran belajar yang berkesan. Penceramah, Puan Khalilah berkongsi ilmu tentang teknik-teknik belajar. Hal ini penting demi menjamin penguasaan ilmu pengetahuan seterusnya, dapat menngkatkan prestasi pembelajaran dalam pentaksiran dan peperiksaan. program berlangsung selama 2 jam 30 mulai jam 8 pagi hingga jam 10 pagi. Semoga semua pelajar terlibat mendapat manfaat ke arah kecemerlangan diri mereka.